1. Gerakan Yang Bersifat Rabbaniyyah.
Harakah Islamiyah adalah bersifat Rabbani karena keseluruhan konsep, hukum-hakam, akhlak, tata-susila dan pemikirannya adalah bersumber dari agama Allah yang kekal abadi dan risalah yang terakhir. Harakah Islamiyah adalah satu gerakan menyeru manusia kepada Allah bukannya kepada kepentingan para petugas di dalamnya atau orang-orang yang memikul tanggungjawab. Allah berfirman:
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Maksudnya:
Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
(Surah Al-An’am 6: Ayat 162)
Harakah Islamiyah bukanlah sebuah organisasi sebagaimana sebuah partai politik biasa pada masa sekarang. Harakah Islamiyah juga bukanlah sebuah organisasi yang menjadi tempat perebutan kuasa untuk menjadi pemimpin bagi mencapai tujuan-tujuan atau kepentingan peribadi sebagaimana yang berlaku dalam organisasi-organisasi lain pada hari in. Tetapi yang lebih penting dalam Harakah Islamiyah ialah pemimpin atasan atau orang besar terlebih dahulu mematuhi syariat Allah sebelum diikuti oleh para pengikut bawahan dan anggota biasa.
2. Gerakan Yang Bersifat Tersendiri.
Harakah Islamiyah bersifat tersendiri dengan maksud kelahirannya di tengah-tengah (umat Islam), (di atas dasar kesadaran mereka sendiri) bukan diimpot atau ditiru dari timur maupun dari barat (laa syarkiyyah walaa ghorbiyyah) sebagaimana lahirnya organisasi dan persatuan-persatuan yang lain. Ini adalah karena dakwah kita (yang dibawa oleh Harakah Islamiyah) adalah dakwah kepada Allah dan pemeliharaan perasaan akan agama pula merupakan satu ciri yang sangat kuat bagi umat ini. Melalui cara inilah juga umat Islam dikenali untuk jangka waktu yang amat penting. Umat Islam di zaman akhir ini tidaklah dapat diperbaiki melainkan oleh sesuatu yang telah memperbaiki dan memperelokkan umat Islam sebelumnya, yaitu ajaran Islam itu sendiri.
1. Gerakan Pembawa Kemajuan.
Dengan segala kendungan bawaannya sama ada dari sudut akidah, syariat dan pandangannya terhadap ‘alam, manusia dan kehidupan menjadikan Harakah Islamiyah gerakan yang paling cekap dan paling mampu untuk menyelesaikan masalah-masalah manusia dan kehidupan dibandingkan dengan undang-undang ciptaan manusia yang bersifat serba lemah dan serba kekurangan.
Namun demikian kemajuan dalam Islam bukanlah sebagaimana yang dikehendaki dan difahami oleh golongan yang mendakwakan diri sebagai pejuang kemajuan, kerana kemajuan mengikut pengertian golongan ini adalah palsu lagi merosakkan, kemajuan yang terlepas dari ikatan akhlak dan kesusilaan yang luhur. Kemajuan dalam Islam dalam erti kata yang sebenar ialah kemajuan dalam memurnikan perasaan manusia, pemikiran mereka dan akhlak mereka, kemajuan dalam memperdalamkan ilmu pengetahuan dan menerokai atau menyingkap rahsia-rahsia di sebalik kejadian alam yang agung ini, yang bukan bertujuan semata-mata untuk menciptakan satu pencapaian baru dalam bidang ilmu. Tetapi tujuan sebenar kemajuan tersebut ialah demi untuk demi untuk menambahkan lagi makrifat manusia terhadap kebesaran, keindahan, kekuatan dan keagungan Allah, Tuhan Semesta Alam ini.
Kemajuan dalam Islam menyuruh manusia supaya mengambil segala alat-alat ciptaan sesuai dengan penerimaan ‘akal-fikiran dengan syarat barang-barang tersebut hendaklah digunakan kepada perkara-perkara yang membawa kebaikan kepada umum. Inilah yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah s.a.w:
“Ambillah hikmah itu dari mana saja datangnya”.
Dan sabdanya lagi yang bermaksud:
“Hikmat itu barang kehilangan orang Islam, di mana saja beliau menemuinya, ialah yang lebih berhak menerimanya.”
2. Gerakan Yang Syumul.
Harakah Islamiyah mestilah gerakan yang syumul dengan pengertian dakwah dan usaha kerjanya tidaklah dibataskan untuk memperbaiki satu sudut atau sudut-sudut tertentu sahaja dari kehidupan ini, dengan membiarkan sudut-sudut yang lain kerana sifat-sifat keIslaman Harakah Islamiyah itu sendiri menunjukkan kesempurnaan dan kesyumulannya.
Oleh yang demikian gerakannya adalah dakwah salafiyyah kerana ia menyeru manusia supaya kembali berpegang kepada sumber Islam yang asli iaitu Al-Qur’an dan Sunnah rasulullah s.a.w.
Ia juga adalah dakwah dan tarikat sunnah kerana ia bekerja menghidupkan sunnah yang mulia di dalam kehidupan individu dan masyarakat.
Ia juga adalah dakwah yang mempunyai ikatan Rabbaniah (Rabitah Rabbaniah) kerana ia yakin bahawa asas kebaikan itu ialah kebersihan jiwa, kesucian hati dan adanya ikatan hubungan yang mantap dengan Allah s.w.t.
Ia juga merupakan Harakah Siasah (politik) kerana ia bekerja serta bertanggungjawab kepada urusan umat Islam disetiap bidang.
3. Harakah Yang Menjauhi Perselisihan Masalah Fiqh.
Harakah Islamiyah meyakini bahawa perbezaan dalam perkara-perkara cabang (furu’iyyah) dalam bidang fekah, adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Oleh yang demikian Harakah Islamiyah berusaha menyeru umat Islam supaya bersatu di atas dasar-dasar pokok (usul) ajaran Islam serta kaedah-kaedah yang telah disepakati.
Berhubung dengan pendirian ini Al-Imam Hasan Al-Banna Rahimahullah merumuskan:
“Kita bukanlah sebuah parti politik, sekalipun politik (siasah) yang berasaskan kaedah-kaedah Islam adalah intisari fikrah kita. Kita bukanlah pertubuhan kebajikan sekalipun amal kebajikan dan khairat adalah di antara tujuan gerakan kita yang sangat besar. Kita juga bukan perkumpulan riadah sekalipun riadah atau rekreasi dan riadah ruhiyyah adalah di antara wasilah-wasilah yang kita amalkan.
Kita bukanlah sebuah jama’ahdalam pengertian seperti pertubuhan-pertubuhan tersebut kerana kelahiran pertubuhan tersebut adalah untuk matlamat-matlamat tertentu dan untuk jangka waktu yang tertentu pula. Boleh jadi pertubuhan-pertubuhan berkenaan ditubuhkan semata-mata kerana ingin mengadakan persatuan dan cita-cita inginkan gelaran dan kedudukan dalam pentadbiran dan organisasi tersebut.
Tetapi perjuangan kita adalah perjuangan yang berdasarkan fikrah dan ‘akidah, nizam dan manhaj yang tidak membataskan tujuan dan matlamat hanya kepada bangsa tertentu dan kawasan atau wilayah tertentu sahaja. Perjuangan kita tidak akan berhenti dengan penyelesaian masalah tertentu malah ia akan berterusan hingga ke hari Kiamat kerana Islam adalah sistem ciptaan Tuhan alam semesta ini dan manhaj Rasul-Nya yang paling dipercayai.
Kita menyatakan kepada manusia secara tidak bermegah-megah bahawa kita adalah para pengikut angkatan sahabat Rasulullah s.a.w yang menjadi pembawa panji-panji Islam selepas kewafatan Baginda s.a.w. Kita adalah angkatan yang menjulang kembali bendera Rasulullah s.a.w sebagaimana para sahabat r.a telah melakukannya. Kita akan menyiarkan dakwah baginda sebagaimana yang telah disiarkan oleh mereka. Kita akan memelihara kandungan kitab suci Al-Quran sebagaimana para sahabat telah memeliharanya. Kita adalah pembawa berita gembira melalui dakwah baginda sebagaimana para sahabat telah melakukannya dan ia akan menjadi rahmat ke seluruh alam. Anda pasti akan mengetahui perkhabaran-perkhabarannya dalam sedikit masa lagi
Ciri-ciri Khusus Harakah Islamiyah
1. Menjauhi Pengaruh Pemerintahan dan Ahli-ahli Politik.
Adalah menjadi kebiasaan bahawa sebahagian dari anggota Harakah Islamiyah adalah terdiri dari pegawai pemerintah dan ahli-ahli politik. Dengan keanggotaan seperti ini mestilah dijaga supaya Harakah Islamiyah tidak diperalat dan diperdagang oleh dua golongan di atas, agar ia kekal dengan sifat bersih, benar dan ikhlas dalam perjuangan.
2. Berangsur-angsur Dalam Setiap gerak Langkah.
Harakah Islamiyah mestilah beransur-ansur dalam gerak kerjanya kerana ia menyedari bahawa jalan yang akan dilalui adalah hebat dan jauh manakala matlamatnya pula adalah besar dan mulia. Sebenarnya beransur-ansur di dalam langkah-langkah kerja dan memberikan tumpuan kepada kerja-kerja tertentu mengikut keperluan akan membawa jama’ah kepada matlamat sebagaimana yang dikehendaki.
Oleh karena itu anakku………….,
Madinah kan DADAMU…..Al-Qur’an adalah Harokah setiap pribadi Mu’min…………….Harokah Spiritualitas adalah gerakan menuju kepada penyucian diri kearah kesempurnaan sebuah gerakan yg tdk dibatasi ruang dan waktu. Lembagakan Qur’an di DADAMU shg kita mampu menjadi Qur’an berjalan ,gerakan Islam adalah gerakan Moral menuju penyempurnaan Ahlaq, tebarkan kepada seluruh mahluq Tuhan dg penuh kasih sayang , Mazhab Rasululloh Saw adalah mazhab kecintaan , utk meraih kasih.. sang pemilik cinta sejati yg tak pernah dholim tak pernah khianat….Dia lah Alloh Swt…….
Tak ada Manhaj selain Manhaj Al-Qur’an
Jika manusia membutuhkan petunjuk maka Alqur’an adalah pemandu dan pemberi petunjuk…Jika manusia membutuhkan guru maka Al-Qur’an adalah guru dan pembimbing…Jika terjebak dlm kegelapan dan membutuhkan cahaya maka Qur’an adalah cahaya, Jika masyarakat membutuhkan hukum dan keadilan maka Al-qur’an adlah kitab keadilan dan hukum, jika manusia memiliki harapan Al-Qur’an adalah kabar gembira bagi para pengharap, jika manusia membutuhkab argumentasi,Logika dan Dalil , maka Alqur’an adalah adalah dalil ,jika manusia membutuhkan untuk merenung dan berfikir, maka Alqur’an adalah sarana berfikir dan merenung,jika manusia membuthkan keselamatan maka Alqur’an adalah panji keselamatan, jika manusia membutuhkan nasehat maka Al-Qur’an adalah nasehat, Jika manusia sdg sakit dan membutukan obat maka Al-qur’an adalah obatnya, jika manusia membutuhkan jalan tanpa menyimpang maka Al-Qur’an adalah jalan lurus tanpa penyimpangan, jika manusia membutuhkan ketenangan maka Dzikrulloh Qur’an satu2nya penyejuk hati dan jika manusia membutuhkan bacaan maka Alqur’an adalah bacaan yang mulia Alqur’an adalah seluruh berkah ,kesempurnaan Ilmu pengetahuan dan sumber segala kebaikan.